‘Saya amat terkilan, macam mana boleh berlaku’

muda1

TUMPAT: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita terhadap kes seorang remaja perempuan memijak al-Quran kelmarin.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, seharusnya perkara itu tidak berlaku apa lagi di negeri ini.

Bagaimanapun, tambahnya perkara itu antara cabaran yang sering dihadapi apabila kerajaan negeri bersungguh-sungguh memberi kefahaman tentang Islam kepada rakyatnya.

Beliau juga tidak menafikan walaupun ianya hanya kes terpencil, namun perkara itu perlu ditangani sebaik mungkin terutama anggota keluarga.

“Saya memang amat terkilan dengan peristiwa ini macam mana ianya boleh berlaku.

“Kita berharap pada keluarga gadis berkenaan mengambil tanggungjawab ini sebaiknya supaya ianya tidak berulang kali kedua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis Semang Santai Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pantai Genting, dekat sini petang semalam.

Tambahnya, kerajaan mengakui terpaksa berhadapan cabaran ketika mahu mendidik rakyat khasnya anak muda cintakan agama.

Katanya, semakin hebat usaha itu dilakukan, semakin banyak pula rintangan dihadapi. – HARAKAHDAILY 20/7/2019