Usrah bulanan tunjang kekuatan Muslimat Tambun

TAMBUN: Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Medan Klebang Restu telah mengadakan usrah bulanan bertempat di padang orang ramai Taman Klebang Putra, Chemor hari ini. 
 
Ironinya, usrah dua kali sebulan ini dilaksanakan dalam suasana santai disamping meningkatkan penerapan gaya hidup sihat selaku amilin PAS yang perlu sentiasa bertenaga dalam gerak kerja perjuangan. 
 
Naqibah merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat Tambun, Noor Carmila Nan berkata, Muslimat hendaklah bersiap siaga melaksanakan arahan pimpinan PAS menuju PRU15. 
 
“Usrah yang merupakan nadi perjuangan perlu dimantapkan agar muslimat komited berjuang atas wadah PAS. 
 
“PAS kaya dengan program pentarbiahan. Ini membuktikan, PAS amat menitikberatkan ahlinya meningkatkan kefahaman perjuangan PAS dari semasa ke semasa,” ujarnya.
 
Terdahulu, Muslimat PAS Cawangan Manjoi Baru dan Sungai Tapah juga telah mengadakan usrah bulanan yang dipimpin oleh Naqibah, Nuradilla Mohd Kamal, semalam. 
 
Pengisian usrah turut dimurnikan dengan perbincangan pelaksanaan gerak kerja mendekati golongan muda yang berumur 18 tahun serta pendedahan mengenai medan politik Islam kepada mereka. – HARAKAHDAILY 20/7/2019
 
“Anak muda merupakan aset negara yang berharga. Pendedahan mengenai kepentingan pemimpin yang berintegriti dan memperjuangkan Islam amat penting untuk digiatkan,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Ameerah Tambun itu.
Advertisement