Muslimat Tasek Gelugor susun strategi 2019-2021

KEPALA BATAS: Dewan Muslimat PAS Tasek Gelugor menekankan kepentingan anjakan paradigma dalam setiap tindakan atau keputusan bagi menangani pelbagai isu semasa yang didepani.
 
Oleh itu, mereka telah merancang dan menyusun strategi untuk sesi 2019/2021 kepimpinan ini dengan berkampung MarkasTarbiyah PAS Negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini kelmarin.
 
Bengkel Perancangan Strategik dan Pengurusan Takwim ini dipimpin oleh Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti dan Pengurusan Organisasi, Shaleha Yusoff mendedahkan peserta SWOT Analysis,  Good  Leadership dan lain-lain lagi.
 
Menurut Setiausaha Lajnah, Nur A’zimah Hanim Mhd Nasir, pemerkasaan parti perlu ditunjangi dengan dua elemen penting iaitu pemahaman yang jitu mengenai organisasi dan juga kepentingan usrah. 
 
Seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa Muslimat yang terdiri daripada Ketua dan Setiausaha setiap Lajnah berjaya membentangkan takwim serta strategi gerak kerja masing-masing bagi sesi 2019 – 2021. – HARAKAHDAILY 23/7/2019
IMG 20190723 WA0030
Advertisement