Hina gugat ketenteraman awam – DPPK Jelutong

JELUTONG: Laporan polis berkenaan kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Jelutong di Balai Polis Jalan Patani, di sini petang tadi.
 
Laporan telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Jelutong, Mustaqim Yahaya bersama Ahli Jawatankuasa Pemudanya yang lain dan turut diiringi Yang DiPertua PAS Jelutong, Yacoob Omar.
 
Menurut Mustaqim isu penghinaan melampau ke atas Nabi S.A.W ini bakal menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum kerana ini
 
Tambahnya, individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan Facebook atas nama Wendy Loong tersebut perlu dikenakan tindakan tegas di bawah Akta 298A dan 233 SKMM.
 
Gerakan solidariti Pemuda PAS Jelutong menerusi laporan polis itu menuntut tindakan segera diambil agar pelaku segera dihadapkan kepada tindakan undang-undang dan hukuman sewajarnya. – HARAKAHDAILY 24/7/2019
Advertisement