Isu air Selangor: Menteri wajar fikirkan dua solusi

PEMUDA PAS Selangor menyifatkan kenyataan berhubung isu air di Selangor oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak serius.
 
Ia berikutan respon beliau mengenai isu gangguan bekalan air dan pencemaran dengan berkata:
 
“But then what you want us to do?” [1]
 
Jika begitulah respon seorang menteri yang bertanggungjawab berhubung isu yang berada di bawah skop kerja dan tanggungjawabnya, maka apa guna rakyat menyerahkan mandat untuk kerajaan sekarang berkuasa?
 
Sewajarnya beliau memberikan respon yang lebih bertanggungjawab bagi menampakkan kesungguhan usaha dan perancangan dalam mengatasi masalah ini.
 
Isu gangguan air di Selangor yang kerap sepatutnya menjadi perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan negeri Selangor serta kementerian berkaitan hal ini di peringkat Persekutuan. Isu gangguan air di Selangor yang tidak berkesudahan hanya mengundang bebanan rakyat.
 
Fokus isu gangguan air ini, Pemuda PAS Selangor menyelami perasaan rakyat bahawa perlunya kepada dua solusi:
 
Pertama, solusi  jangka  pendek: di saat berlaku krisis air, kerajaan perlu sediakan air bekalan sokongan yang mencukupi dengan mengambil kira faktor kanak-kanak bersekolah, kedai perniagaan yang menggunakan air seperti dobi serta lain-lain. Di samping itu, kerajaan juga perlu memikirkan inisiatif jika berlaku kerugian kesan krisis air bagi meringankan bebanan kerugian.
 
Kedua, solusi jangka panjang: iaitu penyelesaian krisis air secara total. Kerajaan PH perlu berlapang dada dan berjiwa besar dengan mengadakan perbincangan serius yang melibatkan pelbagai pihak seperti kalangan parti pembangkang, pakar dan juga mantan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Ini sebagai tanda keseriusan di pihak kerajaan. Keterlibatan dari pelbagai pihak amatlah penting agar isu air tidak dijadikan politik yang dimonopoli oleh pihak Kerajaan PH yang akhirnya memberikan kesan negatif ke atas rakyat.
 
“Demi Islam”
“Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”
 
USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
22 ZuKaedah 1440H / 25 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 25/7/2019
 
 
…………………
Nota hujung :
 
Advertisement