Ziarah Muslimat Bangi bahagiakan penduduk

BANGI: Muslimat PAS Kawasan Bangi meneruskan rutin Misi Ziarah Rakyat sebagai usaha meringankan beban golongan memerlukan yang telah diadakan dalam Dun Kajang, di sini.
 
Aktiviti yang dikendalikan di bawah Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Bangi ini telah hadir menziarahi dan menyantuni para penduduk di Taman Jasmin, hari ini.
 
Dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah, kunjungan telah dibuat antaranya kepada warga emas, orang sakit serta keluarga yang kehilangan suami dan isteri.
 
Turut sama disertai Exco Muslimat PAS Bangi dan Muslimat Dun Kajang, rombongan menziarahi antaranya Hasan Jamat yang terlantar sakit tua dan tidak mampu bercakap sejak dua tahun lalu.
 
Delegasi itu juga berusaha menenang dan mengisi rasa kehilangan dialami Hatijah Darus dan Yahya Md Noor yang masing-masing baru kehilangan pasangan dan mengalami masalah kesihatan. – HARAKAHDAILY 26/7/2019
IMG 20190726 WA0034
 
IMG 20190726 WA0032
Advertisement