Kit Siang mahu ambil hati umat Islam yang marah

PADANG RENGAS: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin mengingatkan umat Islam agar tidak tertipu dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook Wendy Loong kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W. 
 
“Negara kita ni boleh dapat kebebasan untuk beri pandangan. Walaupun Lim Kit Siang sokong tindakan diambil orang yang menghina Nabi, tetapi apakah itu keyakinan, akidah dan kepercayaan dia? Dia bercakap tidak berdasarkan akidah. 
 
“Dia (Lim Kit Siang) tak terasa pun bahawa penghinaan kepada Nabi (bermaksud) penghinaan kepada Allah. Dan kita akan kembali kepada Allah. 
 
“Kalau dah tau Lim Kit Siang tu sekarang ni kepala penentang kepada pelaksanaan syariat Islam, maka walaupun dia sokong dalam isu ini, tidak bermakna dia telah melakukan suatu kebajikan dan kebaikan,” ujar beliau selepas menyampaikan kuliah Subuh di Musolla al-Ehsan, Kampung Lubuk Batu, di sini semalam. 
 
Tuan Guru Hashim juga bersetuju bahawa kenyataan tersebut hanyalah politik semata-mata yang mahu mengambil hati terutamanya orang Melayu kerana bangkit mempertahankan isu itu.
 
“(Kenyataan) politik la. Nak ambik hati orang Melayu bila orang Melayu dah mula marah. Lebih-lebih lagi selepas usaha percantuman (kerjasama) ni antara Umno dan PAS,” tegas beliau. 
 
Semalam sebuah portal berita atas talian melaporkan Lim Kit Siang mengutuk hantaran Facebook Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad, namun sumber kenyataan itu tidak dinyatakan. – HARAKAHDAILY 29/7/2019
Advertisement