‘Care Our Car’ asah kemahiran Briged Muslimat

PASIR SALAK: Kor Khaulah Al-Azwar Briged Muslimat Kawasan Pasir Salak telah menganjurkan program “Care Our Car” bertempat di Markas PAS Pasir Salak, Chenderong Balai, di sini kelmarin.

Advertisement

Program ini bertujuan mendedahkan pengetahuan asas berkaitan penyelenggaraan kenderaan bermotor, selain menyuntik kesedaran mengenai pentingnya pengendalian kenderaan dengan betul

Selain disertai ahli Briged Muslimat, turut serta adalah wakil Muslimat daripada Kawasan Tapah di mana program diterajui sendiri Ketua Briged Muslimat Pasir Salak, Nurul Syazwani Ashar.

Sebanyak dua slot teori dan praktikal mengendalikan kereta serta motor telah diikuti para peserta dengan bimbingan dua orang tenaga pengajar iaitu Abdul Rahman Ahmad Halimi dan Zaidi Haris.

Program telah mencapai objektif pihak penganjur serta menarik minat muslimat muda setempat untuk terus hadir ke program anjuran Muslimat Muda Pasir Salak. – HARAKAHDAILY 31/7/2019

20190731 234725