Penerangan Muslimat Pahang anjur kursus media

TEMERLOH: Lajnah Penerangan Media Baru Muslimat PAS Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Penulisan Berita bertempat di Hotel Seri Malaysia, di sini semalam.
 
Program ini bertujuan melahirkan bakat penulis millenia PAS bagi meluaskan lagi informasi PAS di negeri ini dengan sasaran memberikan impak segar ke media arus perdana.
 
Kursus ini juga menjadi pembuka tirai aktiviti lajnah dengan penglibatan Jawatankuasa Muslimat dari 14 Kawasan seluruh Pahang, sekali gus menyuntik semangat kerjasama.
 
Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS Pahang, Yusma Yusuf, ketandusan penulis khususnya untuk menyampaikan berita aktiviti-aktiviti PAS di Kawasan menuntut penganjuran tersebut.
 
“Diharapkan program seperti ini dapat mencungkil bakat bakal-bakal penulis baru yang mampu membantu PAS menyalurkan berita terkini, tuntas dan ‘up to date'” ujar beliau.
 
Kursus ini telah disampaikan Pengarang Harakahdaily, Ustaz Izwan Abdul Halim dengan membentang teknik dan tips menulis, serta membimbing teknik penulisan dua jenis berita.
 
Hasil latih tubi intensif pada kursus ini, semua peserta telah mencapai kemahiran asas tersebut dan akan dipantau berterusan secara atas talian untuk menghasilkan berita parti.
 
Penutup kursus diakhiri dengan Yusma memaklumkan struktur terbaharu dan perancangan umum Lajnah Penerangan, sebelum sesi bergambar beramai-ramai. – HARAKAHDAILY 31/7/2019
IMG 20190731 WA0010
 
IMG 20190731 WA0011
 
IMG 20190731 WA0002
Advertisement