Golongan orientalis pisah politik-agama

KANGAR: Apabila dipisahkan politik dan Islam, ibarat menerima agama yang cacat, kata Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin.

Advertisement

Beliau berkata, politik dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana ia berpandu kepada tauhid.

“Apabila kita memisahkan agama dengan politik seolah-olah kita menerima agama yang cacat.

“Mereka yang menganggap politik bukan sebahagian daripada akidah adalah pandangan daripada golongan orientalis.

“Politik Islam juga tidak lari dari tiga perkara iaitu tauhid, syariat dan khilafah iaitu tanggungjawab kita untuk melaksanakan agama Islam itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahun kelahirannya ke-80 hari ini.

Seorang penceramah bebas Ahmad Fauwaz Fadzil dilapor menyebut politik bukan perkara aqidah dan bukan perkara usul dalam agama. – HARAKAHDAILY 1/8/2019