PAS Temerloh ziarah MOSWAY di Kampung Teris

TEMERLOH: PAS Cawangan Kampung Teris telah mengadakan Ziarah MOSWAY bersama pimpinan PAS Kawasan Temerloh di Kampung Teris, di sini hari ini.
 
Program ini sebagai menunaikan tanggungjawab selaku Mukmin atas hal ehwal golongan miskin, Orang Kelainan Upaya, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim.
 
Menerusi inisiatif ini juga, pihak PAS mengambil maklum perkembangan mereka dan mengemaskini laporan untuk disusuli bantuan atau keperluan sewajarnya.
 
Ziarah tersebut dikendalikan Ketua PAS Kampung Teris, Zahari Omar dan rombongannya yang turut disertai Naib Yang DiPertua PAS Temerloh, Hassan Omar.
 
Antara dilawati mereka adalah pesara tentera, Padli Yusoff yang kini menghidap kanser tahap 4 sejak setahun lalu, sedangkan beliau punyai lima anak masih belajar.
 
Simpati nasib menimpa dan tanggungan berat dipikul Padli, pihak PAS telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu sebagai keprihatinan dan cakna terhadapnya.
 
Ziarah ke atas golongan tersebut akan terus menjadi rutin berkala dilaksanakan sebagai sebahagian agenda kebajikan PAS Temerloh bersama PAS Cawangan-cawangan dalam Kawasan ini. – HARAKAHDAILY 3/8/2019
Advertisement