510 pelajar meriahkan Alam Ria PASTI Bangi

BANGI: Alam Ria PASTI Kawasan Bangi telah berlangsung gilang-gemilang pada majlis yang dilangsungkan di KAFA Integrasi Ehsaniah, Taman Impian Ehsan, Balakong, di sini semalam.

Advertisement

Program tahunan yang dirasmikan Ketua Pemuda PAS Bangi, Khairul Nadzir Helmi ini telah disertai seramai 510 pelajar mewakili 29 PASTI Cawangan-cawangan seluruh kawasan ini.

Acara yang diadakan bertujuan mencungkil bakat anak-anak yang sekali gus memperlihatkan kepada masyarakat kejayaan dan kesungguhan guru PASTI menanam roh Islam.

Malah, terlihat daripada anak-anak PASTI ini binaan semangat kerjasama, disiplin, berani, berdaya saing dan menghargai pengorbanan dakwah para Rasul dan ulamak.

Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu azan, khutbah, pidato, bercerita, sajak, hafazan, nasyid dan kalam jamaei, selain turut mencuri tumpuan ramai pada persembahan disampaikan.

Juara keseluruhan bagi Alam Ria edisi ini diungguli PASTI Siti Sarah dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sekali gus layak melangkah ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 25 Ogos depan. – HARAKAHDAILY 5/8/2019

IMG 20190805 WA0015