Alam Ria PASTI K. Selangor bertema perpaduan ummah

KUALA SELANGOR: Alam Ria PASTI Kawasan Kuala Selangor telah berlangsung dalam semangat tema perpaduan ummah pada majlis yang diadakan di Puncak Alam, di sini kelmarin.

Advertisement

Tema ini direalisasikan dengan kehadiran julung kali ke majlis ini rakanta’awun politik PAS iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor, Dato’ Norazley Yahya.

Kehadiran beliau disambut pimpinan PAS Kuala Selangor, iaitu Yang DiPertua, Muhamad Rashid Mohd Kassim dan Ketua Pemuda, Ustaz Azril Hairi Ahmad serta Ketua Muslimat, Aziyan Yunus.

Malah, majlis yang membawa tema ini dizahirkan lagi dengan himpunan seluruh entiti parti serta kehadiran jemputan dalam memperagakan produk PAS ke medan masyarakat.

Keakraban ummah dan semarak ta’awun itu juga dilihat dijelmakan dari dari kewibawaan anggota Jabatan Amal Malaysia yang tidak hanya mengawal lalu lintas, tetapi juga menyantuni hadirin.

Antara dirakamkan adalah komitmen petugas AMAL yang membantu seorang suri rumah membawa ‘stroller’ bayinya ke tempat majlis dilangsungkan.

Acara dipertandingkan dalam kalangan peserta murid PASTI adalah azan, nasyid, khutbah, pidato, kalam jamaie dan hafazan yang menyaksikan PASTI Little Ikhwan Puncak Alam muncul juara keseluruhan.

Kelancaran majlis juga menjadi sebahagian persiapan Kuala Selangor yang bakal menjadi tuan rumah Alam Ria Negeri Selangor pada 25 Ogos depan. – HARAKAHDAILY 6/7/2019

20190806 055746