Dr Zakir tidak sabar temui rakyat Kelantan

KOTA BHARU: Pendakwah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik yang tiba di sini pagi tadi memberitahu tidak sabar untuk bertemu rakyat Kelantan.

Advertisement

Beliau turut mengucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana mengaturkan program khas untuknya di negeri tersebut.

“Insya Allah kita bertemu nanti,” ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini hari ini.

Ketibaannya pada jam 8.45 pagi disambut Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kob dan Pengarah program Jelajah Dr Zakir Naik, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita negeri,  Mumtaz Md Nawi.

Che Abdullah berkata, rakyat Kelantan hendaklah hadir beramai-ramai pada program bersama Dr Zakir di Stadium Sultan Muhammad Ke 1V pada malam 9 Ogos ini.

“Kehadiran rakyat Kelantan amat penting bagi menyatakan bantahan terhadap usaha pihak tertentu mendesak Dr Zakir Naik dihantar pulang ke negara asalnya.

“Nyatakan solidariti kita untuk mempertahkan Dr Zakir Naik dan kita juga perlu bersihkan namanya yang dituduh sebagai ekstrem,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/8/2019