Ogos dicemari perlakuan jijik LGBT?

SAYA melahirkan kebimbangan dengan sambutan malam kemerdekaan pada 31 Ogos nanti akan dirosakkan dengan pelakuan jijik lagi terkutuk oleh pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Advertisement

Ini berikutan maklumat yang diperolehi  memaklumkan setiap minggu sepanjang bulan Ogos, kelab malam The Zouk, Jalan Tun Razak akan mengadakan program bersama DJ ikon LGBT dan yang hadir di kelab tersebut kebanyakannya golongan gay.

Program tersebut akan bermula pada Sabtu, 10 Ogos menampilkan – Sanctuary DJ Sabotage; Sabtu 17 Ogos – CCL DJ Diego; Sabtu 24 Ogos – SirQuit DJ Louis T dan Sabtu 31 Ogos – Merdeka DJ Eddie.

Setiap minggu program bersama DJ ikon LGBT itu akan bermula pada jam 10 malam sehingga 5 pagi.

Tidak mustahil mereka akan berpesta sehingga awal pagi diiringi dengan muzik serta pelakuan maksiat.

Apakah erti kemerdekaan jika pengamal LGBT dibiarkan berhibur untuk menyambut kemerdekaan. Apa peranan kita sebagai umat Islam untuk menangani isu ini daripada terus berlarutan.  

Jika semua pihak tidak berganding bahu untuk menyelesaikan isu LGBT, sudah pasti umat Islam akan melalui satu jalan yang sukar dan getir di masa hadapan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya.” (Sural al-Anfal, ayat 25)

Faktor bertambahnya LGBT kerana peranan media massa terutama penerbit filem atau telemovie sering menonjolkan watak-watak pondan, gay, tomboy, pengkid dan lain-lain.

Tanpa disedari watak-watak seumpama itu telah memberi dorongan kepada golongan atau pengamal LGBT untuk terus mengamalkan perkara yang jijik lagi terkutuk itu.

Dalam menangani isu ini daripada terus berlanjutan, kerajaan PH khususnya Menteri Wilayah dan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam) perlu serius menangani isu LGBT daripada terus berkembang dan mempengaruhi generasi muda Islam.

Pihak penguatkuasaan perlu membuat serbuan segera di kelab malam The Zouk Club setiap malam bagi membanteras gejala songsang lagi dikutuk Allah.

Jangan cemari sambutan kemerdekaan dengan gejala jijik yang pasti mendapat kutukan daripada Allah SWT.

SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Ahli Parlimen Rantau Panjang
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Pekerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/8/2019