Pemuda Bangi santuni anggota Shoutul Amal

BANGI: Pemuda PAS Kawasan Bangi telah menziarahi anggota kumpulan nasyid Shoutul Amal, Firdaus Sahiddin di kediamanya di Syeksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini semalam.

Advertisement

Kunjungan Pemuda PAS Bangi ini dipimpin Ketua Pemuda, Khairul Nadzir Helmi dan turut disertai sama oleh Timbalan Exco Lajnah Kebajikan, Hassan Fikri dan Ketua Komanden Jabatan Amal, Baharuddin Roz.

Bulan lalu, Firdaus telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kajang setelah tidak sedarkan diri akibat masalah penafasan, namun kini beliau telah kembali sedar dan pulih untuk dibenarkan pulang berehat di rumah.

Dalam kunjungan tersebut, Nadzir juga memberi pesanan kepada Firdaus supaya menyeimbangkan antara kesihatan dan kerjaya agar dapat terus menyumbang idea dan kreativiti beliau bagi menarik anak muda melalui lagu-lagu dihasilkan.

Pemuda PAS Bangi juga berharap program ziarah orang muda tersebut dapat diteruskan dalam merapatkan ikatan ukhuwwah dan meringankan beban kalangan ahli PAS dan masyarakat.

Kumpulan Soutul Amal merupakan sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang aktif di Malaysia menyampaikan pelbagai lagu-lagu yang mendidik jiwa anak muda dan Pemuda PAS Bangi mendoakan mereka terus menyebarkan dakwah melalui kesenian. – HARAKAHDAILY 7/8/2019