Amalnita Pahang penuhi keperluan saudara baru

RAUB: Amalnita Cawangan Pahang telah mengadakan kunjungan dan penyerahan sumbangan untuk empat remaja Muallaf dalam majlis khas di Bangunan PERKIM, Taman Amalina, di sini kelmarin.

Advertisement

Lawatan Amalnita Pahang itu diketuai Pengerusi, Rosmawati Bohari dan Timbalan Pengerusi, Nor Azni Wahab dengan diiringi sama oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Raub, Dr Mohd Nilam Manaf.

Penyerahan sumbangan berupa mesin basuh dan peti sejuk itu telah disempurnakan oleh tetamu khas iaitu Adun Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang.

Pihak Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Kebajikan Saudara Baru diketuai Adnan Ahmad dan Siti Zainab Subuh mengalu-alukan sumbangan tersebut dan terbuka menerima sebarang pemberian.

Malah, mereka menawarkan kepada mana-mana asatizah untuk menabur bakti khususnya memberi latihan dan bimbingan dalam pengajian al-Quran, Fardu Ain dan ilmu fiqh kepada saudara baru.

Pada ketika ini dimaklumkan seramai tujuh ustazah bersetuju menjadi tenaga pengajar di mana telah memulakan kelas pengajian berkaitan selama dua minggu ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Raub, Tg Abd Rahman Tg Jaafar dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Raub, Habidah Salleh.

Orang ramai diseru memberi sokongan serta bantuan kewangan bagi membantu keperluan saudara baru ini yang boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 06046020023415 atas nama Jariah Ismail.

Siła hantar bank slip jika anda telah memberi sumbangan untuk tujuan rekod ke nombor telefon 012-255 2895 (Jariah) serta sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui beliau. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

IMG 20190808 WA0049