Ana Ikan Bakar lokasi kegemaran ‘seafood hunter’

KUANTAN merupakan ibu negeri Pahang di Malaysia dan Tanjung Lumpur merupakan sebuah perkampungan memancing tradisional yang terletak berhampiran Sungai Kuantan di mana terdapat banyak restoran makanan laut di sana yang menyajikan makanan laut yang segar.

Advertisement

Bagi penggemar makanan laut atau seafood hunter’, Kuantan seharusnya berada di dalam senarai tempat yang harus mereka lawati.

Menjadi syurga buat pencinta makanan laut, Restoran Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang enak dan segar dengan harga yang berpatutan.

Ana Ikan Bakar Petai merupakan sebuah restoran yang menyajikan santapan berasaskan makanan laut dan masakan ala Thai.

Restoran makanan laut ini juga menjadi tarikan para pengunjung ke Kuantan mahupun penduduk tempatan di Kuantan kerana mempunyai populariti tersendiri iaitu ikan bakar petai.

Malah Ana Ikan Bakar Petai ini juga, menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar Negeri Pahang.

Kebiasaan orang ramai berkunjung di Ana Ikan Bakar Petai,kebanyakkannya mereka sudah tahu mengenai restoran ini.

Bahkan, ada yang sanggup datang dari jauh hanya semata untuk merasai ikan bakar petai di restoran Ana Ikan Bakar Petai. Oleh itu, tidak mustahil tempat makan ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.

Ana Ikan Bakar Petai, menyajikan menu istimewa antaranya, ikan pari bakar petai, siakap tiga rasa, sotong, ketam, udang batter, ketam masak cili dan paling penting sotong goreng tepung dan pelbagai jenis masakan lagi.

Malah kepada penggemar seperti masakan Thai, mereka tidak perlu risau kerana disini turut menyediakan masakan ala Thai seperti tom yam putih dan pelbagai jenis masakan Thai yang enak.

Di sini juga, mereka boleh memilih sendiri jenis ikan, sotong, ketam yang segar sebelum dimasak.

Jika anda berkunjung ke Tanjung Lumpur untuk menikmati ikan bakar petai, restoran ini adalah antara restoran makanan laut yang menyajikan menu yang anda inginkan.

Terdapat pelbagai jenis makanan laut yang disajikan di restoran ini  yang boleh anda pilih untuk dinikmati bersama keluarga.

Apa yang menarik di restoran Ana Ikan Bakar Petai adalah, Ikan bakarnya dibakar bersama daun pisang dan petai, ianya membuatkan aromanya naik sehingga terliur dan kecur air liuh.

Difahamkan, Restoran Ana Ikan Bakar Petai pada asalnya hanya membuka satu cawangan sahaja. Namun setelah restoran ini makin terkenal dan makin dapat memikat hati orang ramai, maka restoran ini telah membuka beberapa cawangan yang lain yang berdekatan antara satu sama lain.

Justeru itu, sempena Muktamar Tahunan PAS Malaysia yang diadakan di Kuantan Pahang, penulis turut tidak melepaskan peluang untuk merasakan keenakan masakan dari Restoran Ana Ikan Bakar Petai ini.

Ternyata ianya bukan sahaja enak disebut oleh orang ramai, namun hidangan makanannya sungguh menyelerakan dan pasti akan membuat sesiapa sahaja yang merasainya mahu makan berkali-kali.

Ikan bakar di sini segar-segar dan mempunyai banyak pilihan. Daripada ikan hinggalah sotong dan udang, semua ada di sini.

Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kuantan Pahang jangan lupa dan jangan lepaskan peluang untuk merasakan sajian makanan yang disediakan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai ini.

Pada mereka yang mungkin belum tahu dan ingin merasakan keenakan makanannya, malah mungkin ada  yang tidak sempat untuk berkunjung ke Kuantan, mereka boleh juga berkunjung ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai bagi cawangan Bangi untuk menikmati keenakan makananya.

Tidak perlu jalan jauh untuk ke Kuantan semata-mata untuk makan ikan bakar. Kerana Ana Ikan Bakar Petai cawangan Bangi turut menyediakan sajian yang enak. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

IMG 20190808 WA0072

IMG 20190808 WA0068