Dr Zakir Naik kagumi rakyat Kelantan

KOTA BHARU: Kehadiran luar biasa pelajar institusi pengajian tinggi pada program ceramah intelektual bersama Dr Zakir Naik menjawab isu-isu yang boleh menggugat keharmonian kaum.

Advertisement

Anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, beliau tidak menduga kehadiran pelajar dan pensyarah pada program malam tadi begitu mengggalakkan.

“Setidak-tidaknya kehadiran mereka mengelakkan terpengaruh dengan isme-isme tertentu yang cuba mengugat kehidupan umat Islam,” katanya pada ucapan aluan pada program Intellectual Discourse di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Hadir sama anggota-anggota Exco Dato’ Dr Mohamed Fadhli Hassan, Mumtaz Mohd Nawi, wakil-wakil rakyat dan pengarah program Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik 2019, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Program itu bermula dengan ucapan anak Dr Zakir, Fariq Naik berkisah dakwah dan perjuangan dilalui Nabi Muhammad SAW.

Kelancaran ucapan dan ingatan terhadap surah-surah yang lengkap dengan nombor halaman al Quran memukau pelajar dan pensyarah yang memenuhi dewan.

Program itu dikendalikan seorang aktivis belia Suhail Md Kamaruddin.

Program berkenaan juga dipancar secara langsung ke 23 negara melalui internet yang menghimpunkan peminat tegar Dr Zakir dianggar berjumlah 17 juta.

Dr Zakir juga memiliki pasukan media Peace TV yang mendapat pembiayaan daripada kerajaan di Asia Barat.

“Saya begitu kagum dengan masyarakat di Kelantan yang kuat berpegang kepada amalan agama. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/8/2019

zz2

zz