Dukacita kritik usaha Kelantan bawa Dr Zakir

KOTA BHARU: Masyarakat negara ini sewajarnya menyokong usaha Kerajaan Kelantan membawa Dr Zakir Naik ke negeri ini.

Advertisement

Selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus melahirkan rasa dukacita apabila segelintir masyarakat mengkritik usaha kerajaan negeri membawa pendakwah terkemuka dunia itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib sempena program Jelajah Dr Zakir Naik ke Kelantan malam ini.

Menurunya, sekiranya tidak mampu melaksanakan program sedemikian usah dikritik usaha orang lain.

“Kalau tidak mampu melaksanakan program sebegini, jangan dikritik, jangan dicaci, sebaliknya sokong usaha orang.

“Jangan membuat sebarang tuduhan, dia bukan ulama wahabi, bukan ulama tafsir hadis dan sebagainya, tetapi pakar perbandingan agama,” ujarnya.

Sambungnya, kerana kehebatan serta kemampuannya, beribu orang di dunia ini telah memeluk agama Islam dengan kehendak Allah.

Katanya, jangan hanya mencari  buruk orang lain pada masa yang sama diri sendiri tidak mampu melakukannya. – HARAKAHDAILY 9/8/2019