Ratusan ribu rakyat Kelantan solat royalti

KOTA BHARU: Ratusan ribu rakyat Kelantan sekali lagi menunaikan solat memohon dibayar royalti petroleum.

Advertisement

Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini diimamkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Solat hajat diadakan sebaik sahaja selesai solat Isyak yang diimamkan Imam Masjid Sultan Ismail Petra Ustaz Abdul Bari Abdullah.

Solat hajat royalti tahun ini merupakan kali kedua diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ratusan ribu rakyat memenuhi segenap ruang stadium memohon supaya royalti yang menjadi hak Kelantan dibayar sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri.

Malah kerajaan negeri sudah menarik balik saman tuntutan royalti terhadap Petronas berikutan ingkar membayar sejak carigali minyak digerudi di perairan Kelantan. – HARAKAHDAILY 9/8/2019