Ribut: Khidmat Malaysia kerah petugas turun padang

KHIDMAT Malaysia Pusat telah menerima laporan daripada Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Perlis dan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Pulau Pinang bahawa telah berlaku bencana ribut pada malam ini yang setakat ini dilaporkan bahawa bencana tersebut telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan perseorangan.

Advertisement

Di Perlis, Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Perlis, En. Abdul Hadi Hamid telah mula turun padang bersama jentera di sana yang terdiri daripada Jabatan Amal Negeri dan sukarelawan daripada seluruh Perlis. Sehingga kini dilaporkan bahawa Stesen KTM Arau dan beberapa buah sekolah telah mengalami kerosakan dan banyak pokok yang tumbang.

Di Pulau Pinang, dilaporkan bahawa ribut sedang melanda dan laporan awal yang diterima bahawa anggota Amal telah bersedia untuk melaksanakan tugas yang akan diarahkan. Pengarah Zon Utara, Haji Bakeri Abdullah telah diarahkan untuk memantau perkembangan di Pulau, Pinang, Kedah dan Perlis.

Sumbangan daripada semua pihak adalah sangat diperlukan. Sila hubungi Bendahari Khidmat Malaysia Pusat Encik Mohd Aaffiffuddin Mohd Azhar di talian 0192230858 atau terus ke akaun:

Bank: Maybank
Nama Akaun: KHIDMAT MALAYSIA
No Akaun: 564 294 310 529

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia Pusat
9 Ogos 2019, 11.29 malam – HARAKAHDAILY 10/8/2019