Khidmat M’sia beri bantuan ribut di Sabak Bernam

SABAK BERNAM: Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menggerakkan angkatannya memberi bantuan di beberapa lokasi berikutan bencana ribut yang menimpa daerah ini awal pagi semalam.

Advertisement

Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin berkata, pasukan tersebut telah diperkuatkan dengan 25 anggota Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Selangor yang meneruskan tugas hingga kini.

Dari makluman beliau, kebanyakan anggota berpuasa sunat Hari Arafah, namun memberi komitmen kepada banyak kesan ribut terutama menyelesaikan pokok tumbang di Taman Perumahan Air Manis, di sini.

Beliau yang juga Pengarah AMAL Selangor memberitahu, pasukan bersama dua kenderaan Amal Rescue Team (ART) dan dua motosikal ini juga memberi khidmat di Bagan Nakhoda Omar.

Terangnya, banyak kerosakan kecil turut menimpa kediaman penduduk, selain beberapa premis PASTI, namun kerosakan paling teruk melibatkan PASTI Mawaddah Kampung Sungai Lias Baroh, di sini.

Struktur bumbung PASTI tersebut tercabut dengan nilai kerosakan dan kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM8,000 di mana kerja-kerja pembaikan dimulakan tengahari itu dan berakhir jam 4 pagi tadi.

Beritahu Shehdi juga, daripada maklumat pihaknya 443 rumah ditimpa ribut dengan 84 kritikal dan sebuah roboh, selain satu keluarga terpaksa berpindah ke Balai Raya melibatkan Bagan Nakhoda Omar, Sabak, Pancang Bedena, Sungai Panjang dan Pasir Panjang.

Bersama dalam operasi tersebut adalah Ketua Operasi AMAL Selangor, Mashadi Saiden dan Pembantu Ketua Operasi AMAL Selangor, Muhammad Arbaien Sarani serta pimpinan PAS Kawasan Sabak Bernam. – HARAKAHDAILY 11/8/2019

IMG 20190811 WA0054

IMG 20190811 WA0045

20190811 190653

20190811 190546