Muslimat Teras Jernang teladani perjuangan Hajar

BANGI: Meneladani sifat berusaha dan bertawakal Siti Hajar yakni ibunda Nabi Ismail A.S, Muslimat PAS Cawangan Teras Jernang telah turut serta dalam acara korban sempena Aidil Adha, tengahari tadi.

Advertisement

Hadir sama ialah Pengarah Muslimat Legal Team (MusLeT) Dewan Muslimat PAS Malaysia, Fairus Idris yang turut sama bergotong-royong dalam majlis dilangsungkan di Markas PAS Teras Jernang, di sini.

Para Muslimat bersama menyediakan bahan masakan sup tulang dan daging masak kicap sebagai menu utama jamuan makan tengahari untuk kira-kira 60 orang yang hadir menjayakan program ini.

Sebelum itu, solat sunat Aidil Adha yang diadakan telah diimamkan oleh Ketua Lajnah Penerangan PAS Teras Jernang, Ustaz Anwar Salleh di mana beliau turut menyempurnakan penyembelihan korban lembu.

Urusan tersebut turut meriah dan dijayakan sama dengan bantuan beramai-ramai ahli PAS dan kariah setempat termasuk beberapa pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tinggal yang menyewa berhampiran markas ini.

Sambil sembang santai, Muslimat yang hadir turut kagum dengan pengorbanan Ustaz Anwar dan isterinya kerana sudah 10 tahun tidak pulang beraya di Kelantan atas memenuhi tugas sebagai Timbalan Nazir Masjid Teras Jernang.

PAS Teras Jernang turut mengambil bahagian dalam program Korban Perdana anjuran PAS Kawasan Bangi dan Surau An-Nur yang akan dilangsungkan di pekarangan surau itu di Bandar Baru Bangi, esok. – HARAKAHDAILY 11/8/2019

IMG 20190811 WA0069

IMG 20190811 WA0067