Rajaa’, pengorbanan dan kehambaan

KESEMPATAN yang terluang ini ingin saya titipkan kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk negara ‘Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha’.
 
Sambutlah dengan penuh pengharapan terhadap redha Allah S.W.T. Setiap amalan kita dihitung berasaskan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T termasuklah dalam amal jihad yang kita laksanakan.
 
Sambutlah dengan mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap diri, harta, anak-anak, keluarga dan jiwa dalam melewati jalan perjuangan meninggikan kalimah Allah S.W.T.
 
Sambutlah Hari Raya Aidil Adha dengan rasa kehambaan terhadap al-Khaliq. Hamba yang patuh dan taat kepada Allah termasuklah perintah jihad menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
 
Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 41:
 
ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُون
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
 
Sekian dari saya,
USTAZAH ANA MASTURA ISMAIL
Pengerusi Lajnah ‘Alimat dan Pembangunan Keluarga
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 11/8/2019
Advertisement