Korban: Remaja Muallaf dihadiahkan bahagian

RAUB: Sejak kisah mereka disiarkan di media beberapa minggu lalu, masyarakat prihatin mula menghulurkan sokongan ukhuwah buat empat remaja Muallaf yang tinggal di Bangunan PERKIM, di sini.

Advertisement

Terbaru, sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, mereka masing-masing dinamakan pula dalam bahagian korban lembu di Kemboja dan dilaksanakan oleh rakyat Malaysia yang ke negara itu, semalam.

Pemberian atas hubungan syahadah bersama remaja tersebut merupakan hadiah daripada ahli Muslimat PAS Kawasan Raub, Rokiah Wagiman yang kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS Raub, Jariah Ismail, pihaknya amat bersyukur dan berbesar hati dengan pengorbanan yang turut dirasai oleh anak-anak saudara baru ini.

Beliau selaku salah seorang penaung yang menguruskan perbelanjaan harian makan minum serta kebajikan mereka menyifatkan hadiah tersebut telah menarik kefahaman empat remaja ini terhadap erti Hari Raya Korban.

Jariah turut berkongsi berkongsi keunikan cara sembelihan korban oleh masyarakat Muslim Kemboja di mana leher haiwan korban ditutup dengan dedaun hingga tidak kelihatan bekas sembelihan.

Orang ramai diseru memberi sokongan serta bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan saudara baru ini yang boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 06046020023415 atas nama Jariah Ismail.

Siła hantar bank slip jika anda telah memberi sumbangan untuk tujuan rekod ke nombor telefon 012-255 2895 (Jariah) serta sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui beliau. – HARAKAHDAILY 12/8/2019