Korban bukti prihatin dan kebajikan PAS Petra Jaya

PETRA JAYA: PAS Kawasan Petra Jaya dengan kerjasama padu daripada para penduduk telah menjayakan program korban menyembelih dua ekor lembu di Kampung Gita Sungai Maong, di sini semalam.

Advertisement

Majlis ini bukan sahaja membuktikan hubungan perpaduan bersama warga setempat, malah walaupun PAS tidak menang pilihan raya tetapi memperlihatkan keprihatinan dan kebajikan di medan ini.

Selain, gotong-royong menyembelih, melapah dan memasak untuk dinikmati makan bersama, agihan daging korban juga bermanfaat untuk 150 penerima pada program berlangsung di rumah Ismail Abdullah itu.

Pimpinan PAS Petra Jaya yang hadir menyantuni dalam kerja-kerja bersama penduduk adalah Yang Dipertua, Morshidi Hassan dan Ketua Pemuda, S Muhammad Salim dan Ketua Muslimat, Habsah Bujang. –HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0044

IMG 20190813 WA0043

IMG 20190813 WA0039

IMG 20190813 WA0038