Terlaksananya perintah dan tuntutan ukhuwah

ROMPIN: PAS Kawasan Rompin telah menganjurkan Program Korban Perdana Dun Bukit Ibam yang diadakan dengan jayanya bertempat di Pekarangan Dataran Surau Al-Furqan Keratong 4, di sini semalam.

Advertisement

Kerjasama program ini bertujuan untuk memperingati sirah agung Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S, selain menjadi tanda ketaatan sebagai umat Islam yang diperintah oleh Allah S.W.T.

Program korban ini turut diserikan lagi dengan kehadiran pimpinan PAS Rompin antaranya Yang Dipertua, Ustaz Nazri Ahmad dan Ketua Muslimat, Rosmaria Yusof serta Ketua Ameerah, Sabtiah Zabidi.

Program telah disempurnakan dengan kerjasama oleh Ahli Jawatankuasa Dun Bukit Ibam, Ketua-ketua PAS Cawangan, Pemuda Jabatan Amal dan Halwa Dun menyumbang tenaga kali ini.

Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya telah diedarkan disekitar Felda Keratong, Kampung Rekoh, Melati, Kota Shah Bandar, Kota Bahagia dan Kampung Alai.

Pihak penganjur juga tidak melupakan malah menyantuni sama dengan pemberian daging korban tersebut untuk Maahad Tahfiz Al Haq dan Maahad Tahfiz Al Ahmadi.

Aktiviti korban yang merupakan program tahunan bagi PAS Rompin akan terus dipergiatkan setiap tahun dalam usaha PAS menyemarakkan ibadah sunnah ini dalam kalangan masyarakat. – HARAKAHDAILY 13/8/2019

IMG 20190813 WA0017

IMG 20190813 WA0013