‘Throwback’ terompah kayu

TERINGAT dahulu, Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) ada menyindir golongan agamawan Kerajaan BN yang selalu gagal membuka mulut mereka apabila ada isu besar berkaitan kerajaan dengan agama Islam. Beliau namakan golongan itu sebagai ‘Ulamak Terompah Kayu’. Apa maknanya gelaran itu?

Advertisement

Ia adalah simbolik bahawa terompah kayu sangat kuat bunyinya jika dipakai berjalan. Jauh bezanya dengan kasut atau selipar yang diperbuat daripada getah atau kulit. Namun sayang, walaupun kuat bunyinya, terompah hanya dipakai di kaki, digunakan orang ketika mahu memasuki jamban (tandas). Tak pernah dipakai orang untuk ke majlis besar-besar atau penting.

Kemudian terompah itu juga terpaksa duduk menunggu bersama tuannya masa tuannya qodho hajat sehingga selesai acara. Senang kata, ulamak Kerajaan BN waktu itu, hanya bising apabila ada isu yang tak sepatutnya bising, dan digunakan oleh orang lain, bagi kepentingan mereka. Itulahthrowback ‘terompah kayu’ oleh TGNA yang menghangatkan politik tanahair ketika itu.

Pernah juga sekali, TGNA menempelak seorang mufti yang begitu sibuk menyerang PAS. Kata beliau, mufti itu lebih bagus bercakap pasal haiddan nifas daripada hal politik, kerana beliau mengenali mufti itu semenjak belajar lagi. Begitulah tegasnya almarhum apabila berhadapan dengan musuh politik yang menggunakan ulamak sebagai perisai mereka. Pastinya TGNA mencontohi sikap tegas imam-imam muktabar yang mengikut para anbiya seperti Imam Ahmad yang menolak sikap ulamak yang menyembunyikan kebenaran kerana mahu menjaga diri.

Daripada dahulu, sebelum TGNA menjadi Mursyidul Am PAS, ketika jawatan Presiden PAS dipegang oleh orang-orang yang terdahulu seperti Haji Fuad Hassan, Dr Haji Abbas Ilias, Dr Burhanuddin Helmy, Datuk Asri Muda, Haji Yusof Rawa (yang kemudian menjadi Mursyidul Am pertama), Dato’ Fadzil Noor dan sekarang Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS dengan tegas menolak tawaran untuk menjadi ‘terompah kayu’ ini.

Sehingga dibuktikan, PAS ditendang keluar dari BN dan DAP menarik diri dari Pakatan Rakyat yang mana PAS menjadi sekutu mereka. Semua kerana kuasa dan mereka tidak mahu menerima Islam yang dibawa oleh PAS. Tidak sedikit jasa membawa dasar Islamisasi oleh PAS dalam BN dan PR yang berjaya mengubah beberapa keadaan yang salah. Namun untuk tunduk kepada kebatilan, tidak sama sekali walau kesenangan ditukar.

Kini, majoriti golongan agamawan Kerajaan BN yang menentang PAS dahulu, telah mulai sedar akan kepentingan politik Islam. Mereka mula menyokong pandangan-pandangan PAS yang benar berkenaan Islam. Mereka mula memandang kepentingan Islam secara menyeluruh. Pemimpin-pemimpin mereka juga begitu. Tiada lagi fobia dengan pandangan PAS. Alhamdulillah PAS telah berjaya mengumpul lebih banyak agamawan melalui kerjasama PAS dan Umno ini.

Tetapi disebalik semua itu, ada pula golongan agamawan Kerajaan PH sekarang yang mengambil alih peranan agamawan Kerajaan BN dahulu yang menentang PAS. Mereka ini bagaikan dibayar untuk menguruskan akaun Facebook dan Twitter sahaja gayanya. Sering membuat hantaran-hantaran membelasah PAS dan Umno sekarang, dalam ‘medsos’ mereka. Sedangkan jawatan mereka dalam kerajaan, tinggi. Kekurangan cyber troopers kah mereka?

Lebih dahsyat, mereka jelas berkerja untuk DAP kerana apabila Rasulullah dan agama Islam diserang, terompah itu diam, maknanya DAP tidak sakit perut hendak ke jamban, jadi tak perlu terompah itu bising-bising kerana kaki DAP tidak menyauk mereka. Tetapi bila sahaja DAP diserang, ya Allah, bising macam nak pecah terompah tu berbunyi, bagai DAP hampir tercirit-birit, berlari nak masuk jamban, dan merekapun mesti berbunyi kuat kerana DAP sudah melangkah laju.

Kemudian sambil menunggu DAP selesai berak, mereka sepakat menghidu tahi DAP. Arrgghh…tentu seronok?! Yalah, terompahkan masuk sekali dalam jamban bersama tuannya, setia menunggu. Belum lagi dibincang tentang percikan air jamban yang terkeluar kerana jatuhan buangan itu yang terkena kepada terompah. Dan DAP jenis yang tidak membasuh, hanya mengelap sahaja, mungkin juga terompah itu tidak dibasuhnya.

Oleh itu, jika almarhum masih hidup, adakah anda fikir, almarhum akan bersama mereka ke jamban menjadi terompah kayu bersama-sama, dan kemudian menghidu tahi DAP sebagaimana yang sentiasa mereka lakukan sekarang dan laungkan mendakwa bahawa mereka penerus legasi TGNA? Atau TGNA akan kekal bersama PAS?

Rupanya ketika almarhum menyebutnya dahulu, sudah ada beberapa pasang terompah kayu itu di dalam PAS. Menunggu masa disarungkan DAP.

MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
14 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 14/8/2019

15868124349 2b9b9fa1b5 b