Anak muda pertahan Dr Zakir Naik

KOTA BHARU: Ketika DAP beria-ia mahu Dr Zakir Naik meninggalkan Malaysia, sebaliknya anak muda di sini mempertahankan pendakwah terkenal itu.

Advertisement

Pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Amir Faizal Saufi, 26, berkata perkongsian disampaikan Dr Zakir pada pidato perdana di sini Khamis lepas sangat berguna.

Katanya, pendekatan serta kaedah yang disampaikan oleh pendakwah itu yang menyebabkan masyarakat yang keliru dapat diberi penjelasan.

“Sebelum ini saya pernah menghadiri program serupa di Kuala Lumpur, selepas mengikuti ceramah Dr Zakir, maklumat yang diberikan sangat berguna.

“Sebab ada kawan-kawan bukan Islam bertanya jadi kita boleh guna ayat Dr Zakir untuk disampaikan semula kepada mereka, program baru-baru ini sangat baik,” katanya.

Berikutan pidato tersebut pemimpin DAP makin panas punggung, di mana ada suara mahu tindakan diambil terhadap Dr Zakir dan menggesanya meninggalkan Malaysia.

Pada pidato terbabit Dr Zakir antara lain menyebut di India beliau dituduh pelbagai isu di bawah Perdana Menteri India Naderan Modi.

Mohammad Arif Amri, 25, pula menyifatkan Dr Zakir mampu menarik orang Islam untuk menghayati nilai-nilai agama dalam diri mereka. – HARAKAHDAILY 14/8/2019