Boleh bayar cukai melalui Kelantan Pay

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membangun aplikasi pembayaran mudah alih (Kelantan Pay) bagi membolehkan bayaran cukai dibuat dengan lebih mudah.

Advertisement

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembayaran cukai bandar Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) juga boleh dibuat melalui Kelantan Pay.

Katanya, sebelum ini Majaari Servis dan Air Kelantan Sdn Bhd memperkenalkan kaedah bayaran itu bermula Jun lepas.

“Usaha ini diperkenal untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan digital tanpa tunai.

“Kerajaan negeri menambah baik pengurusan hasil tanah agar masa hadapan bayaran hasil tanah dapat dilakukan melalui portal pembayaran atas talian,” katanya pada perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri 2019 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.– HARAKAHDAILY 15/8/2019