Muslimat Indera Mahkota rangka pelan strategik

INDERA MAHKOTA: Lajnah Politik dan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi di Pusat Tarbiyah Islamiyah Indera Mahkota (PUTRA), Balok, di sini semalam.

Advertisement

Program ini bertujuan memberi kefahaman kepada Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan-cawangan mengenai kerja pengurusan dalam parti dan peranan setiap lajnah di peringkat Cawangan sesuai pelantikan baharu.

Ianya juga dalam rangka menyelaras kesepaduan pentadbiran serta gerak kerja perjalanan Muslimat di semua peringkat agar dapat melahirkan impak maksimum terutama dalam mencapai “Islam Memimpin Perpaduan” yang digagaskan.

Bengkel ini dihadiri 100 peserta mewakili 19 PAS Cawangan dengan pembentangan dibuat oleh kepimpinan Muslimat PAS Indera Mahkota terdiri dari Timbalan Ketua, Azmoni Mohamad dan Naib Ketua, Salbiah Seni Abdullah dan Ketua Penerangan, Habsah Ali.

Para peserta juga telah mengadakan aktiviti sumbang saran terutama dalam menghasilkan perancangan strategik untuk dilaksanakan di peringkat Cawangan masing-masing dan majlis diakhiri dengan bacaan doa dan wehdah oleh Ketua Ameerah, Ustazah Solehah Shah. – HARAKAHDAILY 19/8/2019

IMG 20190819 WA0016