Ziarah Assabiqat eratkan kasih sayang sesama ahli

INDERA MAHKOTA: Kelab Assabiqat Dewan Muslimat PAS Indera Mahkota telah mengadakan siri ziarah mahabah menemui ahli-ahlinya di sekitar Dun Beserah dan Dun Semambu sepanjang dua hari kelmarin.

Advertisement

Ianya keluangan waktu yang juga sempena cuti persekolahan untuk menyantuni serta mengerat kemesraan kasih sayang sesama anggota Assabiqat di mana menempuh sejarah dan pengalaman panjang perjuangan.

Kunjungan dipimpin Ketua Assabiqat Muslimat PAS Negeri Pahang yang juga Ketua Assabiqat Muslimat PAS Indera Mahkota, Hasnah Arshad, 73 tahun di mana turut disertai beberapa Ahli Jawatankuasa sayap baru PAS ini.

Malah, bersama menzahirkan sokongan mengikuti lawatan tersebut adalah pimpinan Muslimat PAS Indera Mahkota iaitu mantan Ketua, Ustazah Zuriyati Mohamad dan Timbalan Ketua, Azmoni Mohamad serta Ketua Penerangan, Habsah Ali.

Juga menyertai mereka adalah isteri Adun Beserah, Nor Azni Wahab di mana ziarah yang diadakan sejak beberapa minggu lalu ini antaranya mengunjungi mantan Ketua Muslimat Beserah Tengah, Rokiah Ali, 76 dan Ahli Jawatankuasa Beserah Tengah, Saniah Zakaria, 70.

Pertemuan juga diadakan kepada isteri arwah Ketua Cawangan PAS Sungai Karangan, Wan Zaliha Wan Ali dan mantan Ketua Muslimat Sungai Karangan, Syamsiah Ismail serta mantan Ketua Muslimat Chederawasih, Rohani Hamzah.

Menerusi rutin ziarah tersebut bukan sahaja Assabiqat meneguhkan hubungan sedia terjalin, malah mengambil maklum perkembangan semasa anggotanya, selain mengelakkan mereka dari terpinggir atau terputus hubungan dengan jamaah. – HARAKAHDAILY 19/8/2019

IMG 20190819 WA0052

IMG 20190819 WA0051

IMG 20190819 WA0049

IMG 20190819 WA0048

IMG 20190819 WA0047