Bukan sekadar hubungan politik, tapi juga rohani

PERMATANG PAUH: Muslimat PAS UPU Kampung Pelet telah mengadakan majlis bacaan Yaasiin yang turut melibatkan penyertaan rakan ta’awun dari Wanita Umno di kediaman anggotanya di kampung ini, kelmarin.

Advertisement

Selain bacaan Yaasiin, majlis juga diisi dengan selawat beramai-ramai dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Permatang Pasir, Ustazah Rokiah Jaafar.

Selain itu, tazkirah ringkas turut disampaikan Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustazah Faridah Ramli.

Beliau menyeru agar peranan muslimah sebagai Muslim agar sentiasa memperbaiki diri disamping menjalankan tanggungjawab Mukmin dengan peka perkembangan semasa.

Jelasnya, iaitu dengan mengambil maklum hal ehwal umat dan agama yang hari ini semakin berani mencabar kesucian Islam dan menggugat perpaduan kaum di negara ini.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Permatang Pauh, Khadijah Abdul Hamid memaklumkan program penerangan seumpama akan dijadualkan di seluruh Cawangan.

Program ini menunjukkan hubungan PAS dan Umno tidak hanya pada soal politik, tetapi juga kerohajian di mana hadir sama pada majlis ini adalah Ketua Halwa UPU Kampung Pelet Rofiza Yusof serta wakil-wakil Wanita Umno Cawangan. – HARAKAHDAILY 20/8/2019

IMG 20190820 WA0036