Cabaran gaya hidup sihat DACS Fit Pemuda Gombak

GOMBAK: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak melalui Kelab DACS Fit telah mengadakan kelas pengajaran ‘fitness’ bertempat di dewan Pusat Tarbiyah Dun Hulu Kelang, di sini semalam.

Advertisement

Kelas kesihatan yang merupakan julung julung kali dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu kecergasan dan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pemuda terutama kepada peserta The Biggest Loser Weight Gombak 2019.

Program insentif DACS Fit terdiri daripada 20 peserta daripada tiga Dun iaitu Dun Gombak Setia, Dun Sungai Tua dan Dun Hulu Kelang ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pemuda dalam kawasan ini.

Para peserta didedahkan dengan ilmu pengiraan kalori harian yang diperlukan oleh tubuh badan, kaedah memilih makanan sihat dan nutrisi tinggi serta perkongsian kisah kejayaan oleh jurulatih di mana telah terdahulu menempuh pengalaman tersebut.

“Lebih baik berpantang makan sewaktu sihat, berbanding berpantang makan semasa sakit. Ubahlah gaya hidup dan pemakanan kita selama ini.‘Its all about mind set’. Berusahalah untuk disiplin diri,” seru jurulatih kesihatan Meor Abdullah.

Sepanjang kelas kesihatan ‘fitness’ ini, para peserta program diberi ilmu kesihatan dan motivasi untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi program The Biggest Loser Weight Gombak selama 6 minggu ini. – HARAKAHDAILY 22/8/2019

IMG 20190822 WA0049

IMG 20190822 WA0050