Kuliah Haraki AMAL fahamkan semula 5 teras

KEPALA BATAS: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kuliah Haraki bulanan bagi Zon Utara melibatkan Kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bagan di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.

Advertisement

Kuliah Haraki ini menjadi program bulanan kepada Jabatan Amal Pulau Pinang di setiap zon melibatkan kehadiran wajib bagi anggota Amal di seluruh negeri ini dalam menjayakan pentarbiyahan diri mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Kuliah Haraki tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Tarbiyah AMAL Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Aiman Bahrin yang menekankan lima teras Amal wajib difahami oleh setiap anggota iaitu Beramal Kerana Allah, Rasul menjadi ikutan, al-Quran menjadi panduan, Jihad dan Mati dijalan Allah menjadi cita-cita.

Beliau juga dalam kuliah itu menyebut beberapa penyakit yang merebak dalam kalangan anggota iaitu sikap menyalahkan orang lain, sombong dan bangga dalam bekerja.

“Dikala AMAL disanjung, kita diuji dengan cucukan Syaitan yang membuatkan hilangnya pahala amal kerana membuat sesuatu pekerjaan untuk mendapat pujian manusia bukan mendapat redha Allah. Syahid bukan pilihan kita, tetapi pilihan Allah, kita hanya bercita-cita,” ujarnya.

Turut hadir bersama mantan Timbalan Pengarah AMAL Pulau Pinang sesi lepas, Abdullah Saad. – HARAKAHDAILY 22/8/2019

IMG 20190822 WA0036