Ziarah Muslimat Beserah Tengah santuni penduduk

INDERA MAHKOTA: Program ziarah kepada golongan yang memerlukan dan ditimpa musibah menjadi penyambung silaturahim di antara Muslimat PAS Cawangan Beserah Tengah dengan penduduk setempat tanpa mengira latar belakang politik.

Advertisement

Ketua Muslimat PAS Beserah Tengah, Habsah Ali mengetuai rombongan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Cawangan ini ke rumah penduduk antaranya menemui Munah Abd Rahman yang telah dua tahun terlantar sakit, semalam.

Terdahulu sebelum ini, PAS Beserah Tengah telahpun menempatkan sebuah katil pesakit untuk kegunaan Munah hasil dari sumbangan masyarakat sebagai tanda perihatin kepada mereka yang senasib sepertinya.

Antara turut diziarahi juga adalah Wan Wok Wan Jusoh yang baru kematian suami sebagai menzahirkan rasa simpati serta meneguhkan kesabarannya menghadapi kehilangan itu ketika melawatnya di Kampung Jeram, di sini.

Delegasi juga menitipkan beliau mengenai perkara-perkara terlarang terhadap wanita Muslimah yang dalam tempoh ‘iddah sepanjang tempoh empat bulan sepuluh hari oleh Jawatankuasa Dakwah, Sakinah Ismail.

Semasa kunjungan Muslimat PAS Beserah Tengah ini turut tidak meninggalkan kesempatan yang ada dengan mendaftarkan anak muda sebagai pemilih dan memberi sedikit taklimat kesedaran mengundi kepada mereka.

Selain itu, setiap yang ditemui juga, pihak delegasi PAS Beserah Tengah ini menyampaikan juga nasihat mengenai pentingnya orang Melayu bersatu dan menguatkan ukhuwah demi menjaga agama Islam dan keamanan di Malaysia. – HARAKAHDAILY 22/8/2019

20190822 185459

20190822 185515