Agenda perpaduan ummah mula melanda Bakri

BAKRI: PAS Kawasan Bakri bersama Umno Bahagian Bakri telah menganjurkan Ceramah Perpaduan Ummah yang dilangsungkan di Markas PAS Bakri, Kampung Jeram Masjid, di sini kelmarin.

Advertisement

Majlis rasmi julung kali kedua-dua parti tersebut dalam Parlimen ini bertujuan meluaskan lagi mesej dan agenda perpaduan ummah yang digagaskan dalam menghadapi cabaran politik semasa.

Lebih utama, ia medan memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat dsebalik pelbagai sebaran dikuasai pemerintah kini yang berat sebelah, selain emosi serta memanaskan isu sensitif kaum dan agama.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz ini telah menampilkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Pentas tersebut turut diteguhkan dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki serta Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin yang turut menyampaikan ceramah.

Atas tema disepakati iaitu “Islam Memimpin Perpaduan” Yang DiPertua PAS Bakri dan Ketua Umno Bakri, Ustaz Kamalulnizam Suhut dan Mohd Fuad Tukirin juga bersama selain Adun Bukit Pasir, Kapt (B) Najib Lep.

Majlis yang dilihat menerima kehadiran warga masyarakat penduduk setempat daripada pelbagai latar belakang itu telah memberi isyarat sokongan kepada agenda bersejarah sedang dijayakan ini. –HARAKAHDAILY 24/8/2019

IMG 20190824 WA0031

IMG 20190824 WA0030