Obses Dr P Ramasamy kepada Dr Zakir Naik

KALAU dilihat kepada posting-posting Facebook Dr P Ramasamy, orang mungkin tidak tahu beliau adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang menjaga portfolio Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi.

Advertisement

Ini kerana hari-hari posting Facebook beliau sama ada mengutuk Dr Zakir Naik, mengutuk mereka yang menyokong Dr Zakir Naik, menggesa supaya diambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik atau menyatakan kekecewaan kerana tiada tindakan diambil ke atas Dr Zakir Naik.

Hari ini, Ahad, 25 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pagi tadi bila beliau mengutuk Syed Saddiq kerana membuat u-turn dalam isu Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “This 360 degree u-turn by Syed Saddiq caught many Malaysians surprise; they are wondering how could a responsible Minister change his stand as he liked.”
(2)    Petang tadi bila beliau mengutuk MIC kerana tidak kisah mengenai isu Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “It is strange for party that is still hallucinating about Indian representation, hardly cared about the contents of Naik’s incendiary speech and inflammatory speech in which the loyalty of Hindus and Chinese were questioned.”

Begitulah juga hari-hari lain bermula Ahad, 11 Ogos.

Ahad, 11 Ogos, ada satu posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 1:35 petang bila beliau mengutuk Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “If Zakir Naik really thinks of welfare and wellbeing of Muslims in India, he should voluntarily return to India and not hide in Malaysia as a fugitive.”

Isnin, 12 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 11:55 pagi bila beliau mengutuk Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Naik can preach about Islam all he wants but he must stop from dragging the non-Muslims into this diabolical hatred game of his.”
(2)    Pada jam 9:28 malam bila beliau menggesa Tun Dr Mahathir supaya mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “How long is the Prime Minister going to tolerate the extremism of Naik?”

Selasa, 13 Ogos, ada satu posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 6:08 petang bila beliau mengutuk Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Naik by condemning China has put Malaysia in a very awkward position”

Rabu, 14 Ogos, ada satu posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 9:00 pagi bila beliau mengutuk Menteri yang tidak berani menyanggah Tun Dr Mahathir dalam isu Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Has anyone said no to Mahathir in the Cabinet on the khat calligraphy, Lynas or even the divisive role of Zakir Naik in the country?”

Khamis, 15 Ogos, ada satu posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 4:59 petang bila beliau menanyakan mengapa Tun Dr Mahathir tidak mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya:“Why is Prime Minister harbouring this fugitive from being deported to India?”

Jumaat, 16 Ogos, ada satu posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 8:23 malam bila beliau menyesali Kerajaan Malaysia kerana tidak mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “It is unfortunate or even tragic that the Malaysian government has failed to see the pernicious or the diabolical nature of Naik’s preachings.”

Sabtu, 17 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 11:51 pagi bila beliau menggesa Dr Zakir Naik supaya jangan lari ke negara lain. Ini petikannya: “Naik should promise he would not run away to another country.”
(2)    Pada jam 11:57 pagi bila beliau menggesa Kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Naik must be stopped from poisoning Malaysians.”

Ahad, 18 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 8:51 pagi bila beliau mengutuk mereka yang menyokong Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “If there are groups or individuals defending Naik as scholar of comparative religion then I can only say that they don’t know what they are talking about.”
(2)    Pada jam 11:54 pagi bila beliau mengutuk MIC kerana tidak bersedia mempertahankan kaum India dari serangan Dr Zakir Naik. Ini petikannya:“How can the MIC expect to play a role in representing Indians if it is not prepared to defend the community from attacks whether it is from Naik or others?”

Isnin, 19 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 7:23 pagi bila beliau menggesa Kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Naik either should be deported or face the brunt of the law here.”
(2)    Pada jam 5:46 petang bila beliau menggesa Kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “The provision of permanent residency to Naik cannot be overstretched to say that it was act of human right.”

Selasa, 20 Ogos, ada satu posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 9:27 pagi bila beliau menggesa Kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Either deport Naik or ask him to leave for India or any other country willing to grant him asylum.”

Rabu, 21 Ogos, ada dua posting Facebookbeliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:

(1)    Pada jam 7:39 pagi bila beliau mengutuk Dr Zakir Naik atas permohonan maaf palsunya. Ini petikannya: “Naik’s fake apology merely confirms that allegations such as money laundering, embezzlement of funds and for supporting terrorist activities in India might be true or needs thorough investigation on the part of the Malaysian authorities.”

(2)    Pada jam 4:14 petang bila beliau menanyakan sama ada PAS menggunakan Dr Zakir Naik untuk tujuan politik. Ini petikannya: “Is PAS using the fugitive from India Zakir Naik as a political tool agains the PH?”

Khamis, 22 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 9:21 pagi bila beliau menggesa Kerajaan India supaya berusaha keras untuk mendapatkan notis merah dari Interpol terhadap Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “India must push hard for a red-notice from Interpol against the preacher and money launderer Zakir Naik from India.”
(2)    Pada jam 10:55 malam bila beliau menyatakan kekecewaan terhadap Tun Dr Mahathir kerana tidak mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “It is disappointing to note that the Prime Minister Mahathir Mohammed has indicated that Naik might not be deported for the time being.”

Jumaat, 23 Ogos, ada dua posting Facebook beliau mengenai Dr Zakir Naik, iaitu:
(1)    Pada jam 7:46 pagi bila beliau menyatakan kekecewaan terhadap Tun Dr Mahathir kerana tidak mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Mahathir’s no action against Naik is disappointing especially from a prime minister who has promised a new Malaysia irrespective of race or religion.”
(2)    Pada jam 5:52 petang bila beliau mengutuk Datuk Seri Abdul Hadi kerana membela Dr Zakir Naik. Ini petikannya: “Hadi by blaming the DAP and Malaysiakini hopes to divert public attention away from Naik.”

Hari-hari, pagi petang siang malam, bayangan wajah Dr Zakir Naik sahaja nampaknya yang ada dalam kepala Dr P Ramasamy ini, malah ada juga yang berjenaka entah-entah sampai dalam tidur pun Dr P Ramasamy mengigau dan bermimpikan Dr Zakir Naik.

Mengapa Dr P Ramasamy terlalu obses sehingga pagi petang siang malam asyik bercakap mengenai Dr Zakir Naik bukannya mengenai Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi Pulau Pinang?

Mengapa Dr P Ramasamy terlalu obses sehingga semua orang pun mahu dilanggarinya?

Mungkin elok juga kalau dapat ditemukan segera Dr P Ramasamy dengan Dr Zakir Naik. – HARAKAHDAILY 25/8/2019