PAS Raub mengertikan sambutan merdeka

RAUB: PAS Kawasan Raub telah turut bersama menyertai Majlis Perasmian Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dataran Majlis Daerah Raub, di sini semalam.

Advertisement

Delegasi diketuai Naib Yang DiPertua PAS Raub, Tengku Shah Amir Tengku Perang dan Ketua Muslimat PAS Raub, Habidah Salleh serta Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Raub sekali gus meneguhkan agenda perpaduan.

Paling utama, kehadiran atas semarak mendaulatkan bendera Malaysia yang menjadi sebahagian agenda negara itu menunjukkan sikap dan kesinambungan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) PAS.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Aziz Kiram yang juga Adun Batu Talam mewakili Menteri Besar di mana pimpinan PAS turut menjadi tetamu di pentas utama.

Sementara itu, Muslimat PAS Raub meraikan kedatangan Hari Kebangsaan dengan menganjurkan program AKIFI Perdana yang dilangsungkan di Medan Tarbiyah PAS Raub (MANTIK), di sini kelmarin.

Majlis ini telah dipimpin oleh Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Raub, Ustazah Nik Fatinah Nik Ahmad, manakala bacaan Yaasiin diterajui Ketua Assabiqat Muslimat PAS Raub, Siti Zainab Subuh.

Menariknya, majlis ini turut disertai Ketua Wanita Umno Bahagian Raub, Zuraini Yahya bersama Ahli-ahli Jawatankuasanya dan telah disambut Ketua Muslimat PAS Raub, Habidah Salleh.

Program ini juga menerima sentuhan rohani dari ceramah disampaikan oleh Mudir Pusat Pengajian Tahfiz Al-Madinah, Ustaz Shahrizan Esa dari Kampung Jeruas, Sega, di sini.

Beliau menyentuh isu-isu semasa antaranya penegasan wajibnya mempertahankan saudara seagama antaranya Dr Zakir Naik yang sedang menghadapi tekanan untuk mengusirnya dari negara ini.

Majlis mengeratkan hubungan ukhuwah Islamiyah itu juga menariknya telah diakhiri dengan jamuan port luck yang dibawa hadirin untuk saling berkongsi. – HARAKAHDAILY 25/8/2019

IMG 20190825 WA0031

IMG 20190825 WA0028