Sembang Santai anak muda BM di medan burger

BUKIT MERTAJAM: Pemuda PAS Cawangan Taman Alma Jaya dengan kerjasama Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS Kawasan Bukit Mertajam telah mengadakan program Sembang Santai di tapak gerai Zali Burger, di sini.

Advertisement

Program ini menampilkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim yang memperkatakan mengenai pegangan agama dalam kalangan umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke hari ini.

Di mana menurutnya, layanan kerajaan pada hari ini terhadap Islam dan umat Islam, sedangkan agama Islam dan umat Islam yang majoritinya Melayu diakui halnya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ingatlah, mencari dan membina kekuatan dari segi fizikal dan mental dengan mengkesampingkan Islam pasti akan dihina dan tidak akan berjaya,” peringatnya pada program yang turut dijayakan Jabatan Amal Malaysia Bukit Mertajam ini.

Hadir sama adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Hussain Sazlan Md Ghazali dan Ketua Pemuda PAS Bukit Mertajam, Anuar Abdul Rahman serta Ketua PAS Taman Alma Jaya, Saharudin Satar.

Jamuan burger dan pendaftaran ahli Alternative Riding Club (ARC) turut diadakan semasa majlis berlangsung. – HARAKAHDAILY 25/8/2019