Warga Keratong 4 teruja ikuti kuliah Maghrib UAI

ROMPIN: Ahli Jawatankuasa Masjid Keratong 4 telah mengadakan Kuliah Maghrib menampilkan ulamak selebriti tersohor tanah air, Ustaz Azhar Idrus di masjid ini, di sini kelmarin.

Advertisement

Kehadiran beliau turut disambut para pimpinan PAS Kawasan Rompin dan mengikuti kuliah beliau selama 2 jam itu yang banyak menyentuh bab kekeluargaan dan rumah tangga.

Secara khusus, Ustaz Azhar memberi nasihat mengenai tanggungjawab suami isteri, selain turut memenuhi permintaan menjawab beberapa soalan jamaah mengenai fiqh.

Kehadiran beliau juga menjadi suasana meriah di pekarangan masjid yang diadakan pelbagai jenis jualan di mana turut disertai oleh Ameerah dan Pemuda PAS Dun Ibam.

Pada majlis dihadiri masyarakat pelbagai peringkat umur ini, Ustaz Azhar juga telah sudi melancarkan kutipan derma untuk Majlis Walimah Perdana PAS Rompin yang bakal diadakan Oktober depan. –HARAKAHDAILY 25/8/2019

IMG 20190825 WA0037

IMG 20190825 WA0035