Karnival Lembah Pantai mesrakan warga Kerinchi

LEMBAH PANTAI: Dewan Muslimat PAS Kawasan Lembah Pantai telah menganjurkan Karnival PAS Lembah Pantai yang dilangsungkan dengan meriahnya di Pekarangan Blok C PPR Kerinchi, di sini semalam.

Advertisement

Program ini merupakan antara usaha menyemarakkan agenda memasyarakatkan PAS dengan mendekati penduduk setempat menerusi penganjuran aktiviti bersama penglibatan yang pelbagai dan memberi manfaat.

Di mana dengan penganjurannya juga, PAS menyampaikan peranannya kepada masyarakat sebagai organisasi yang membawa agenda siyasah, dakwah, khairiyah dan tarbiyah kepada seluruh umat tanpa mengira latar belakang.

Antara aktiviti menarik disajikan adalah seperti pemeriksaan kesihatan percuma, jualan amal, khidmat rawatan syifa’, free market, persembahan busking, demo masakan, perkhidmatan bekam sunnah dan banyak lagi.

Karnival penuh keriangan ini telah disenpurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Lembah Pantai, LAr Fauzi Abu Bakat yang juga tokoh masyarakat tidak asing bagi warga di sini, selain hadir sama beberapa pimpinan Umno Bahagian Lembah Pantai.

Rata-rata penduduk yang hadir mengikuti pelbagai pengisian serta bersilaturahim juga telah melahirkan kelegaan dengan aktiviti kemasyarakatan tersebut selain kesempatan mendapatkan barangan harga murah di mana sekali gus meringankan beban mereka. –HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0108

IMG 20190826 WA0106

IMG 20190826 WA0105