Muslimat PAS Hulu Langat anjur bengkel video

HULU LANGAT: Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat telah menganjurkan Bengkel Video Via PowerPoint yang diadakan di PASTI Tarbiyatul Aulad, Ecohill Semenyih, di sini semalam.

Advertisement

Program dihadiri 34 peserta pelbagai peringkat umur dan golongan masyarakat ini bertujuan memberi kemahiran asas membuat video yang boleh dimanfaatkan dalam usaha perniagaan, dakwah dan pendidikan.

Yang DiPertua PAS Hulu Langat, Mohamad Jan Sulong ketika merasmikan program ini berhasrat agar ilmu tersebut dapat digunakan secara positif bagu meningkatkan kesejahteraan hidup dan persaingan teknologi zaman ini.

Manakala Ketua Penerangan Muslimat PAS Hulu Langat, Siti Safura Mohd Isa menyatakan bahawa PAS sentiasa berusaha mendekati dan mendidik masyarakat dengan ilmu yang berguna baik ilmu ukhrawi mahupun ilmu duniawi.

Bengkel yang diadakan separuh hari ini telah mendedahkan kepada peserta teknik membuat animated dan explainer video di mana bakal menyusuli siri lanjutan lain. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0067