Parit Buntar ungguli juara Alam Ria PASTI Perak

PARIT BUNTAR: PASTI Kawasan Parit Buntar dan PASTI Kawasan Larut telah menjadi tuan rumah bersama bagi Alam Ria PASTI Negeri Perak yang telah dilangsungkan penuh meriah di Bukit Merah Laketown Resort, di sini kelmarin.

Advertisement

PASTI Parit Buntar juga telah berjaya mencipta rekod tersendiri apabila buat pertama kalinya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan yang dirai sebagai kejayaan paling manis bagi kontinjen ini.

Sebanyak 19 PASTI Kawasan seluruh Perak telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu Kalam Jamaie, Nasyid, Pidato, Khutbah, Bercerita, Azan, Hafazan dan Sajak.

Acara-acara ini terpilih dan mampu memupuk daya saing dalam kalangan pelajar PASTI selaras dengan visi dan misi PASTI itu sendiri.

“Daya saing atau mempunyai daya untuk bersaing secara sihat adalah perkara asas yang penting dapat membantu anak-anak PASTI meneruskan momentum pembelajaran apabila anak-anak PASTI berada di Peringkat Sekolah Rendah,” kata Pengarah Alam Ria PASTI Perak, Ihsan Kamaruddin.

Program yang telah berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Damanhuri Dol. – HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0058