Skuad Prihatin Muslimat Sabah rangka gerak kerja

KOTA KINABALU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Sabah telah menganjurkan Pra-Bengkel Skuad Prihatin bagi Pantai Barat Negeri Sabah di Pejabat Perhubungan PAS Sabah di Sepanggar, di sini kelmarin.

Advertisement

Ia dihadiri para peserta dari Kawasan Sepanggar, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Putatan, Papar dan Keningau, selain turut diikuti peserta dari Semporna dan Kalabakan bagi mencapai matlamat membina gerak kerja cekap dan optimis.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Sabah, Nur Izzati Yusof memberikan sepenuhjya pengisian, kuliah serta pengendalian bengkel gerak kerja Skuad Prihatin ini melibatkan operasi sepatutnya.

Di mana para peserta didedahkan dengan cara untuk kepekaan mencerap isu-isu kebajikan dan pencarian maklumat sebelum turun kelapangan, serta penerapan perlu diadakan ketika melaksanakan urusan berkaitannya.

Terdahulu bengkel sama diadakan bagi Pantai Timur Sabah melibatkan Kawasan Sandakan dan Tawau, di mana hadir sama pada siri ini adalah Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Sabah Nurjannah Jam Jam. –HARAKAHDAILY 26/8/2019

IMG 20190826 WA0090