Ayuh sahut kibar Jalur Gemilang!

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, Muslimat PAS menyeru seluruh Muslimat PAS dan seluruh warganegara Malaysia untuk mengeskpresikan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja anda berada.
 
Jalur Gemilang adalah simbolik perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama yang sudah berintegrasi sekian lama di tanah tercinta ini.
 
Ayuh memaknai nilai kemerdekaan untuk diri, keluarga, agama, dan masyarakat amnya agar nikmat yang kita kecapi hari ini dapat dilangsungkan setiap anak watan serta generasi akan datang. Allahumma Ameen. 
 
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
 
YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Dewan Negara
26 Zulhijjah 1440
27 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 27/8/2019
Advertisement