Pemuda akan dedah kepincangan di Selangor

SHAH ALAM: Lajnah Penerangan dan Jabatan Media Baharu Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan menganjurkan wacana Table Talk 2.0 di Markas PAS Batu 8, Sijangkang, esok Rabu jam 9:30 malam.

Advertisement

Ianya bakal menampilkan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli yang akan bergandingan dengan Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail serta Naib Presiden GAMIS, Ahmad Shauqi Johara selaku panel.

Perbicaraan mereka akan mendedahkan kepincangan isu di negeri ini serta solusinya di mana banyak masalah yang timbul telah dikaburi oleh pelbagai polemik nasional di mana antaranya dibangkitkan secara sengaja.

Walhal, negeri ini diselubungi begitu banyak insiden dan kegagalan antaranya tragedi kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kasim berkait rusuhan kuil di USJ, pembinaan jejambat SKVE Tol Saujana Putra, skim kebajikan TAWAS, KISS dan lain-lain.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa hadir bagi mendengar kupasan penting bakal dibahaskan ketiga-tiga anak muda ini ke arah mengembangkan peranan dan penyelesaian agar rakyat kembali terbela. – HARAKAHDAILY 27/8/2019