Gagal selesai kemelut, ahli PKR keluar parti

KANGAR: Ramai lagi ahli dan penyokong PKR dijangka keluar parti kerana kecewa terhadap sikap kepemimpinan parti itu di Perlis.

Advertisement

Bekas Setiausaha PKR negeri, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim berkata, tindakannya mengumumkan keluar parti kelmarin akan diikuti beberapa lagi pemimpin PKR termasuk wakil-wakil rakyat di negeri ini.

Katanya, ada lagi yang akan mengikut jejak langkahnya keluar PKR selepas ini berikutan kegagalan pemimpin PKR pusat menyelesaikan kemelut di Perlis.

“Kemelut yang melanda PKR Perlis hanya disifatkan pemimpin sebagai perkara biasa sedangkan di peringkat negeri begitu parah,” katanya di sini.

Kelmarin Abdul Asymawi mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Perlis.

Bekas Naib Ketua Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kangar itu memberitahu beliau seolah-olah ditipu malah perjuangan pemimpin PKR di Perlis terlalu mementingkan kuasa.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perlis, Amran Kamarudin menafikan wujudnya perpecahan dalaman yang melibatkan kepimpinan parti itu. – HARAKAHDAILY 28/8/2019