Kesedaran program saringan kesihatan rendah

KOTA BHARU: Program Saringan Kesihatan (HSP) di Kelantan belum mencapai tahap memuaskan apabila hanya 3.5 peratus daripada 47,280 pekerja menjalani saringan kesihatan.

Advertisement

Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, jumlah itu begitu rendah dibandingkan dengan jumlah pekerja.

Katanya hanya seramai 189 daripada jumlah pencarum yang layak iaitu 5,437 orang menjalani HSP bagi tempoh Januari hingga Ogos ini.

“Sedangkan pelbagai program diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga pekerja,” katanya pada majlis saringan kesihatan kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.

Seramai 559 kakitangan Yik telah menjalani saringan kesihatan anjuran Perkeso. Program berkenaan mendapat kerjasama Yik dan Klinik Ummah. – HARAKAHDAILY 29/8/2019